Wednesday, April 3, 2013

Titik ( . )



2013.

Permulaan untuk aku menulis semula. Tahun ini dimulakan dgn enjin yg kurang sedap didengar. Tak smooth, kata orang. Kalau kereta, enjinnya asyik mati di tengah jalan. 

April 2013. 

Bulan keempat dalam setiap tahun. Bulan keempat tahun ini, tahun lepas, tahun depan, dan tahun2 akan datang. April Fool? Ye jugak. Tapi aku tak sambut. April Fakkap. Ni baru betul. 

3 April 2013.

Masih bernyawa lagi. Alhamdulillah. Meneruskan sisa2 yang ada. Saki baki perasaan yg masih belum musnah atau dibawa pergi oleh angin malam. Bantal asyik basah setiap kali nak tidur. Perkara biasa. Bangun pagi, mata seperti panda. Itu juga perkara biasa. Apa yang tak biasa? Yang tak biasanya apabila, selepas 4 tahun, nak mula berdikari sendiri balik, nak mula jadi sorang budak perempuan yg kuat dan tidak manja, nak mula untuk lakukan apa saja sorang diri tanpa mengharapkan sesiapa. 4 tahun lepas, aku memang kondifen aku boleh. Kini semangat aku tu dah kene makan dek dinosaur. Memang kene produce balik semangat tu. 

Persoalan: BILA? BAGAIMANA? BOLEH?

3 B's. Entah bila aku akan dapat jawab soalan2 ni. 

Tapi 3 April 2013 adalah satu titik. Hanya satu titik. Tarikh dah aku save dalam henpon aku yg tak berapa canggih tu. Lepas tarikh ini, ianya adalah satu sejarah. Bukan untuk budak2 sekolah study, tapi untuk aku simpan dalam hati. Tolong hati, simpan semua tu baik2. Aku hanya ada kau hati. Untuk aku kenang kembali. Aku ada hati. Aku, dan hati. 

No comments:

Post a Comment