
Semalam aku dan dia terpaksa OT sebab ada function. Lebih kurang pukul 1 pagi kami bergerak pulang. Hujan, aku kesejukan. Seperti biasa, dia akan pastikan aku tidak menggigil. Dia selimutkan aku dengan sweater. Kami duduk rapat, menghangatkan tubuh masing2. Di bawah sweater, tangannya tak henti2 meramas jari-jemari aku. Aku suka dia begitu.
Aku lentokkan kepala aku di bahu kanannya. Dia seperti dah tahu. Dia betulkan badannya sedikit untuk memudahkan aku. Di luar tingkap van, kelihatan masih hujan. Dingin malam itu benar2 terasa. Aku amati setiap titis2 hujan di luar tingkap. Entah kenapa aku jadi sayu. Aku genggam semula jari-jermarinya. Tak semena-mena aku jadi sebak. Mataku bergenang. Cepat-cepat aku lap air mata yang menitis. Aku tak mahu saat2 ini berakhir.
Bagaimana bila dia sudah tidak ada lagi di sisi ketika aku memerlukannya nanti? Macam mana aku nak biasakan diri aku semula? Mampukah aku ucapkan sekali lagi kata2 selamat tinggal yang dulunya acapkali disebut2? Kenapa dia harus pergi.......................................
Aku takut untuk melalui hari2 itu kembali. Walaupun jauh di sudut hati, aku tahu hari itu akan tiba. Cuma..cuma masanya..aku rasa terlalu cepat. Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Aku terima perpisahan kali ini atas alasan yang relevan. Semoga semuanya baik2 saja. InsyaAllah......
Aku sentiasa percaya hari bahagia kami akan tiba. Nanti........
I promise you my love, and I will prove it. I dont wanna miss a thing, with you.



